Lawatan ke Perodua oleh tenaga pengajar FTKMA

Lawatan ke Perodua oleh tenaga pengajar FTKMA

28 Nov 2023 - Seramai 20 orang tenaga pengajar FTKMA telah mengadakan lawatan ke Perodua Rawang. Lawatan tersebut adalah bagi mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam teknolgi terbaru, dan juga proses dalam pembuatan kereta supaya nilai-nilai dan ilmu teknikal dapat diserapkan kedalam pengajaran dan pembelajaran di fakulti, khususnya bagi program automotif. Tenaga pengajar telah melawat Dojo Training Center, Kilang Perodua Global Manufacturing, PSSB Dojo Center dan National Digital Center.

Pihak fakulti ingin mengucapkan ribuan terima kepada pihak Perodua atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman. Diharapkan supaya ilmu tersebut dapat digunakan untuk memperkasakan program mekanikal dan automotif di FTKMA.

 


Print   Email