9 Januari 2024 - Pihak FTKMA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penyelidik dari FTKMA yang berjaya meraih geran penyelidikan dari pihak agensi kerajaan, industri dan antarabangsa yang berjumlah RM80,000.
Diharap juga kejayaan ini dapat memberi semangat kepada penyelidik lain dalam meraih dana penyelidikan luar seterusnya memupuk semangat berdaya saing.
Temuduga penempatan pelajar Work-Based Learning (WBL) FTKMA bersama Perodua Research and Development
5 Januari 2024 - Seramai dua orang pelajar dari program Engineering Technology telah menjalankan temuduga bersama Perodua bagi penempatan WBL. Terima kasih diucapkan kepada pihak Perodua.
28 Nov 2023 - Seramai 20 orang tenaga pengajar FTKMA telah mengadakan lawatan ke Perodua Rawang. Lawatan tersebut adalah bagi mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam teknolgi terbaru, dan juga proses dalam pembuatan kereta supaya nilai-nilai dan ilmu teknikal dapat diserapkan kedalam pengajaran dan pembelajaran di fakulti, khususnya bagi program automotif. Tenaga pengajar telah melawat Dojo Training Center, Kilang Perodua Global Manufacturing, PSSB Dojo Center dan National Digital Center.
Pihak fakulti ingin mengucapkan ribuan terima kepada pihak Perodua atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman. Diharapkan supaya ilmu tersebut dapat digunakan untuk memperkasakan program mekanikal dan automotif di FTKMA.